PROJEK PEMBESARAN MASJID AL-I'TISAM, TMN TTDI JAYA, 40150 SHAH ALAM. SELANGOR

<<< Show Posts >>>

Iklan Tender Ditutup

  Alhamdulillah . Untuk makluman, notis iklan tender yang dikeluarkan pada 6 Julai 2015 telah  di tutup pada 10 Ogos 2015 yg lepas..Sekarang pihak AJK menaiktaraf Masjid Al-I’tisam sedang dalam proses penilaian .. Mohon ALLAH memberikan pilihan yang betul.

Terima kasih

Terima kasih atas sumbangan tuan tuan; dengan ini pihak kami dapat meneruskan hasrat Projek Pembesaran Masjid Al-I’tisam Fasa I yang telah dirancang sekian lama. Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kepada penyumbang yang tidak jemu untuk memberikan sumbangan dalam apa jua bentuk.

Pelan Tapak Projek Pembesaran Masjid Al-I’tisam, TTDI Jaya

Terus menyumbang kepada Dana Kompleks Islam Al-i’tisam

Assalamulaikum.. Alhamdulillah.. Pihak masjid meneruskan projek pembesaran masjid al-i’tisam dengan PLAN B iaitu alternative bagi Kompleks Islam Al I’tisam (KIAI) . Di mana plan B ini adalah menjurus kepada pembesaran masjid sediada dan tambahan beberapa blok bangunan sokongan. Ianya juga akan dibina dalam beberapa fasa kerana dana yang tidak mencukupi..Read the Rest…

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)